JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle)


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah membincangkan Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle). Mesyuarat telah memutuskan: 


i. Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks pendidikan Islam hendaklah dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam. 


ii. Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam. 


iii. Kertas dan buku teks pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya. 


iv. Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/861-hukum-pelupusan-buku-teks-pendidikan-islam-secara-kitar-semula-recycle

Klik disini untuk mencetak