JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor kali ke 5/2005 yang bersidang pada 6 September 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya. Mesyuarat telah memutuskan:


i. Penulisan ayat-ayat al-Quran dan hadith dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.


ii. Penulisan khat ayat al-Quran dan hadith boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca dengan mudah dan jelas.


iii. Tulisan khat ayat al-Quran dan hadith tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca.


iv. Tulisan khat al-Quran dan hadith mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya.


v. Tulisan seni khat al-Quran dan hadith yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran dan hadith yang diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.


vi. Sekiranya tulisan seni khat ini yang diambil dari kata-kata hikmah, syair dan seumpamanya dalam tulisan jawi adalah diharuskan.


vii. Walau bagaimanapun penulisan khat ayat-ayat al-Quran dan hadith tertakluk di bawah akta percetakan teks al-Quran 1986, Kementerian Dalam Negeri.


Sumber:


http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/862-hukum-menulis-ayat-ayat-al-quran-mengikut-reka-bentuk-alat-permainan-seperti-wau-tumbuhan-bunga-bungaan-dan-seumpamanya

Klik disini untuk mencetak