JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam


Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Negeri Sembilan
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26 Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa’dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 


  1. Mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya termasuk kanak-kanak terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.
  2. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.
  3. Mayat yang bercampur aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada jenazah orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam.

 


Klik disini untuk mencetak