JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum pengguguran Kandungan ibu Hamil Dijangkiti Virus Zika

Kategori: Perubatan
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 19 Disember 2016 Kali Ke 4/2016 telah membincangkan Hukum Hukum pengguguran Kandungan ibu Hamil Dijangkiti Virus Zika Di Negeri Pahang. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pengguguran Kandungan Ibu Hamil di Jangkiti Virus Zika adalah tidak diharuskan kerana dharuratnya tidak mencapai ke tahap dharurat yang mengancam nyawa dan tidak diperakui oleh pakar perubatan kerana ianya akan menyebabkan kecacatan kecuali dalam beberapa kes jangkitan.

 

Walau bagaimanapun sekiranya ia diperakui oleh pakar perubatan Islam bahawa jangkitan tersebut akan mengancam nyawa ibu dan anaknya maka ia diharuskan mengikut syarat yang ditetapkan syarak.

 

Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/131-hukum-pengguguran-kandungan-ibu-hamil-dijangkiti-virus-zika

Klik disini untuk mencetak