JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/ Khilaf Furu'

Kategori: Ibadah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 4 Januari 2016 Kali Ke 1/2016 telah membincangkan Menangani Persoalan Bid’ah Dalam Masalah Ikhtilaf/ Khilaf Furu'. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


Mesyuarat bersetuju untuk menguatkuasakan Enakmen Undang-undang kesalahan Jenayah Islam Pahang 2013 ( Seksyen 13 ). Sebarang bentuk pertikaian terhadap 25 jenis amalan yang telah disenaraikan boleh diambil tindakan  

 

  1.  Membaca Yasin pada malam Jumaat
  2.  Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
  3.  Mengadakan kenduri arwah
  4.  Mengadakan sanbutan maulidul al-Rasul
  5.  Membaca Yassin 3 kali di malam nisfu Syaaban
  6.  Berdoa beramai-ramai selepas solat Jumaat
  7.  Membaca wirid dan zikir secara kuat/ nyaring dalam solat fardu
  8.  Membaca Basmalah secara kuat/ nyaring dalam solat fardhu
  9.  Menyebut lafaz Usalli dalm niat solat
  10. Membaca Qunut dalam solat subuh
  11. Bersalaman selepas solat Jumaat
  12. Solat sunat sebelum solat Maghrib
  13. Solat sunat sebelum Jumaat
  14. Fidyah solat
  15. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini  
  16. Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih 20
  17. Menyapu muka selepas memberi salam
  18. Akikah dengan kambing sahaja
  19. Konsep pengambilan Hadis Dhaif
  20. Menyebut perkataan Saiyidina dalam solat
  21. Sedekah bacaan Al-Fatihah kepada si Mati
  22. Ziarah kubur pada Hari Raya
  23. Bacaan doa awal dan akhir tahun hijrah
  24. Solat Hajat secara berjemaah
  25. Bacaan Selawat secara nyaring ketika solat Tarawikh


Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/39-menangani-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-furu

Klik disini untuk mencetak