JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelupusan Anggota, Tisu, Dan Janin Orang Islam   

Kategori: Perubatan
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 27 April 2017 Kali Ke 2/2017 telah membincangkan Pelupusan Anggota, Tisu, Dan Janin Orang Islam . Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


  1. Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin orang Islam hendaklah diuruskan berdasarkan kepada syarak.
  2. Sekiranya anggota tersebut terpotong daripada jasad semasa hidup maka ia hendak ditanam tanpa dibasuh dan disolatkan.
  3. Sekiranya ia adalah anggota yang dijumpai selepas daripada mati maka ianya hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan 
  4. Janin yang gugur ( tidak cukup bulan ) dan mempunyai tanda hidup tetapi bersifat maka ia hendaklah dimandi, dikafan, dan dikebumikan
  5. Janin yang gugur berupa ketulan daging yang tidak bersifat maka disunatkan dibungkus dan ditanam tanpa dimandi dan disembahyangkan
  6. Hukum melupuskan anggota, janin dan tisu orang Islam secara pembakaran adalah haram kecuali darurat 


Sumber :


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/31-keputusan-fatwa-2017/136-hukum-pelupusan-anggota-tisu-dan-janin-orang-islam

Klik disini untuk mencetak