JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memakai Kanta Lekap Bercorak

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 8 Mac 2018 Kali Ke 01/2018 telah membincangkan Hukum Memakai Kanta Lekap Bercorak di Negeri Pahang. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat dimaklumkan dengan pembentangan kertas kajian berhubung Hukum memakai kanta lekap yang bercorak. Setelah dibincangkan mesyuarat bersetuju seperti berikut:

 

  1. Hukum memakai kanta lekap bercorak adalah harus dengan syarat ianya mendapat nasihat daripada pakar perubatan. Namun apabila ia mendatangkan mudharat maka hukumnya adalah haram.
  2. Harus memakai kanta lekap bercorak bagi tujuan perhiasan kepada suami dan haram, tabaruj yang melampau kepada bukan muhrim.
Klik disini untuk mencetak