JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kertas Kajian Penetapan Kaedah Pengiraan Fidyah

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 8 Mac 2018 Kali Ke 01/2018 telah membincangkan Kertas Kajian Penetapan Kaedah Pengiraan Fidyah di Negeri Pahang. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


Mesyuarat dimaklumkan dengan pembentang kertas kajian cadangan penentuan pengiraan fidyah di Negeri Pahang dan bersetuju dengan keputusan berikut:

 

  1. Bayaran fidhyah adalah wajib kepada umat Islam yang meninggalkan puasa berdasarkan ketentuan hukum syarak mengikut pendapat jumhur ulama'
  2. Bayaran secara gandaan fidhyah adalah wajib kepada umat islam yang melewatkan qada' puasa sehingga ke bulan yang berikutnya berdasarkan pendapat Mazhab Syafi'e.
  3.  Harus membayar fidhyah menggunakan mata wang dengan syarat ianya hendaklah ditukarkan kepada bahan makanan untuk diagihkan kepada golongan fakir dan miskin.


Klik disini untuk mencetak