JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Kursus ESQ Leadership Training

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 16 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Kedudukan Kursus ESQ Leadership Training Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:


1.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli serta

rumusan awal yang telah dibuat pada Muzakarah Khas pada 14 April 2010, Muzakarah

berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan terkandung dalam kursus ESQ

Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.


2.Muzakarah bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan

dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang menimbulkan keraguan

kepada masyarakat.

Klik disini untuk mencetak