JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan Lain-Lain yang Berkaitan dengan Kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) atau Seumpamanya

Kategori: Akidah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-109 yang bersidang pada 18-19 Oktober 2016 telah membincangkan Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan Lain-Lain yang Berkaitan dengan Kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) atau Seumpamanya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


1.Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan Lain-Lain yang Berkaitan dengan Kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) mengandungi perkara-perkara yang berikut:


i. Terbatal Kesemua Rukun Islam Sekiranya Tidak Mempelajari Ilmu Syahadah yang

dibawa oleh Ismail bin Kassim (IBK). Rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap Dua

Kalimah Syahadah bagi seseorang itu terbatal sekiranya dia tidak mempelajari Ilmu

Syahadah (Ilmu Penyaksian) yang dibawa oleh Ismail bin Kassim. Ilmu Syahadah yang

dimaksudkan ialah ilmu penyaksian roh yang sedang bersyahadah.


ii. Tuntutan Mencari Penyaksi di Alam Arwah. Seseorang itu hendaklah berusaha mencari

penyaksinya yang akan dibawa sebagai saksi pada hari akhirat kelak. Sekiranya

penyaksi tersebut tidak dapat ditemui, ia akan menyebabkan amalan Zikir Nafasnya

tidak dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu, dia tidak perlu bersusah payah

untuk mencari penyaksi kerana penyaksi itu akan diutuskan oleh Allah SWT di alam

syahadah, apabila mengamalkan Zikir Nafas.


iii. Wajib Mempelajari Zikir Nafas kerana Tiada Cara Lain untuk Mencari Allah kecuali

Melaluinya. Seseorang itu wajib mempelajari Zikir Nafas, kerana tiada cara lain untuk

mencari Allah kecuali melaluinya. Mencari Allah SWT melibatkan peranan yang

dimainkan oleh qalbu. Anggota pancaindera manusia yang lain, seperti mata dan

telinga peranannya terhad kepada alam zahir sahaja, berbeza dengan qalbu yang

mempunyai peranan ghaib. Hanya dengan amalan Zikir Nafas boleh membuka mata

hati qalbu. Oleh yang demikian, apabila mata hati qalbu seseorang telah terbuka,

maka dia akan dapat melihat penyaksian roh, dan perkara-perkara ghaibyang lain

dengan berterusan secara autopilot. Manakala untuk mengambil ilmu Zikir Nafas pula,

hendaklah melalui guru yang berketurunan Ahli Bait sahaja.

Klik disini untuk mencetak