Cadangan Pelantikan Ketua Hakim Syar'ie Dalam Kalangan Wanita
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20-21 November 2019 telah membincangkan berkaitan Cadangan Pelantikan Ketua Hakim Syarie dalam Kalangan Wanita. Muzakarah telah membuat keputusan bahawa wanita harus dilantik menjadi Ketua Hakim Syarie dalam kes-kes selain hudud dan qisas. Pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur.