Hukuman Takzir Diganti Dengan Wang
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 November 1982 telah membincangkan Hukuman Takzir Diganti Dengan Wang.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukuman takzir boleh diganti hukuman denda dengan wang pada kes-kes tertentu sahaja, tertakluk kepada budibicara Kadi atau Hakim Perbicaraan.