JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Bunuh Ke Atas Pelaku Kesalahan Berkaitan Dengan Senjata Api

Kategori: Jenayah
Tahun: 1989
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-23 yang bersidang pada 20 Februari 1989 telah membincangkan Hukum Bunuh Ke Atas Pelaku Kesalahan Berkaitan Dengan Senjata Api.


Muzakarah telah memutuskan bahawa hukuman mati atau gantung atau penjara seumur hidup dalam undangundang berkaitan dengan kesalahan penggunaan senjata api yang terpakai di negara ini sekarang tidak bercanggah dengan Islam. Hukuman ini sesuai dengan kaedah dalam Islam. Ianya diadakan untuk tujuan menghalang keburukan atau kerosakan yang akan berlaku.

Klik disini untuk mencetak