Responsive image

# Senarai Artikel/Monograf (Disusun mengikut yang terkini)
1
Tajuk
:

GST Menurut Fiqh Kontemporari

Tahun: 2015
 
Ringkasan
:
2
Tajuk
:
Kaedah Umum al-Balwa Dan Kesannya Kepada Perubahan Hukum Syarak
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Kaedah Umum al-Balwa mempunyai peranan yang besar dalam proses mengeluarkan ijtihad. Ia merupakan salah satu justifikasi dalam menjelaskan sesuatu hukum Syarak berkaitan isu semasa. Kaedah Umum al-Balwa sering digunakan oleh para ulama; sama ada dalam disiplin ilmu usul fiqh atau fiqh. Ia dibincangkan dalam kerangka rukhsah dan keringanan yang dibenarkan dalam hukum Syarak. baca selanjutnya
3
Tajuk
:
Adakah Neraka Kekal?
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Perbahasan berkaitan neraka sama ada ia kekal atau tidak merupakan salah satu maudhuk yang berkait dengan akidah Islam. Persoalan yang dibangkitkan berkaitan dengan isu ini ialah sama ada neraka kekal selama-lamanya dan adakah orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka kekal diazab oleh Allah? Sekiranya neraka kekal, maka tidakkah ini akan menunjukkan bahawa ada yang kekal selain Allah dan akan membawa kepada faham kepelbagaian perkara-perkara kekal (ta’addud al-qudama’) yang tidak selari dengan Akidah Islam yang berasaskan tauhid. Serta adakah ini tidak bertentangan dengan sifat Allah yang Maha Penyayang? baca selanjutnya
4
Tajuk
:
Beratnya Dosa Lalu Di Hadapan Orang Yang Sedang Bersembahyang
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Apabila kita memerhatikan gelagat masyarakat Islam dalam negara kita ketika dalam masjid, maka sering kita terlihat perbuatan lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang. Tanpa rasa bersalah, malah dengan bangga pula boleh lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Nampaknya, perbuatan ini semacam menjadi kebiasaan dan tidak dianggap salah. Tidakkah pernah terlintas dalam fikiran kita, apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang sedang bersembahyang itu. Adakah dia sengaja berdiri? Tidakkah kita tahu bahawa seorang yang sedang sembahyang itu sedang bermunajat dengan Tuhannya. baca selanjutnya
5
Tajuk
:
Bulan Rejab: Kemuliaan Dicemari Kepalsuan
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." baca selanjutnya
6
Tajuk
:
Antara Jihad Dan Bughah
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Dalam Islam jihad merupakan amalan yang berada pada kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah. Manakan tidak, dalam hadis Mu'az Bin Jabal r.a., Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan kedudukan jihad dengan sabdanya, "Kepala segala perkara adalah Islam, tiangnya pula adalah solat, dan puncaknya adalah jihad". (riwayat Ahmad, Tirmizi, dan Ibn Majah).     baca selanjutnya
7
Tajuk
:
Gugur Janin Satu Jenayah Pembunuhan
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Pengguguran kandungan bukan merupakan perkara baru dalam masyarakat hari ini, tetapi ia merupakan suatu masalah yang kian meruncing yang memerlukan perhatian semua pihak. Dalam kitab-kitab fiqh klasik ia dibincangkan dalam bab "Jenayah" kerana kesan perbuatan seperti itu boleh melibatkan soal pembunuhan bayi dan sebagai nya. baca selanjutnya
8
Tajuk
:
Hudud: Jangan Cakap Ikut Andaian Dan Logik
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Manusia merupakan makhluk yang memerlukan penghidupan sosial yang kolektif. Manusia tidak mampu hidup bersendirian dalam memenuhi semua keperluan hidupnya kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, semenjak awal kejadian manusia, sudah terbentuk sebuah hidup bermasyarakat, sehingga terbentuk sebuah negara. Antara persoalan penting dalam sesebuah negara ialah, soal kuasa mutlak atau kuasa tertinggi yang diistilahkan sebagai kedaulatan. Kuasa tertinggi tersebut mempunyai peranan penting dalam mencorak undang-undang yang akan digubal dan dilaksanakan dalam sesebuah negara. baca selanjutnya
9
Tajuk
:
Ibrah MH370
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Allah SWT; Tuhan Yang Maha Berkuasa, menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dan baginda berperanan menjelaskan petunjuk yang terkandung dalam al-Quran. Manusia yang hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad saw adalah manusia yang berjaya mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. baca selanjutnya
10
Tajuk
:
Padah Berbicara Di Luar Ilmu
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Akibat terpengaruh dengan buku-buku tulisan Rashad Khalifa seperti Quran The Final Scripture, Hadis And Islam dan Quran Visual Presentation At The Miracle, Dr. Kassim Ahmad di antara pelopor fahaman antihadis memperkenalkan idea-idea berkenaan melalui beberapa penulisan dan majlis diskusi. Bagaimanapun, penyebaran fahaman menyeleweng itu disedari oleh pihak berkuasa agama dan beberapa tindakan diambil oleh kerajaan. baca selanjutnya
11
Tajuk
:
Fenomena Lantang Berfatwa
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Sejak akhir-akhir ini tampak satu gejala yang melanda segelintir kalangan agamawan masyarakat Islam iaitu sikap lantang dan pantas berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, lantas menjelmalah ramai 'mujtahid dan mufti segera' yang pantas mengutarakan pendapat mereka dengan berhukum halal dan haram. Gejala lantang berfatwa ini nampak lebih parah apabila pandangan-pandangan ini tersebar dengan pantas melalui media-media yang pelbagai terutama laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Adakalanya, 'fatwa-fatwa' mereka mendahului fatwa dan keputusan ahli-ahli fatwa yang berautoriti. baca selanjutnya
12
Tajuk
:
Peringatan Rasulullah S.A.W: Hiburan Hedonistik Menjadikan Manusia Umpama Kera Dan Babi
Tahun: 2014
 
Ringkasan
:
Emosi manusia dipengaruhi oleh apa yang berada di dalam hatinya. Emosi manusia terkadang ceria, sedih, marah, bosan, dan sebagainya. Apa yang didengar dan dilihat oleh manusia akan mempengaruhi emosinya. Hati perlukan ketenangan untuk menjadi ceria dan gembira. Manusia memerlukan hiburan bagi menceriakan dan menggembirakan hati.   baca selanjutnya
13
Tajuk
:
Kedudukan Anjing Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya
Tahun: 2013
 
Ringkasan
:
Sejak kebelakangan ini, perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak didapati semakin tegar menghina kesucian dan keluhuran agama Islam...... baca selanjutnya
14
Tajuk
:
Fatwa Dan Hukum Menyambut ‘April Fool’s Day’
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
  Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut: Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]   baca selanjutnya
15
Tajuk
:
Mufti: Lambakan filem tahyul, hantu membimbangkan
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
16
Tajuk
:
Kempen kesedaran tentang fitnah Ahmadiyah Qadiani
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
17
Tajuk
:
Mencari Kebahagiaan di Atas Jalan Redha
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
18
Tajuk
:
CEMERLANG DISAAT AKHIR KEHIDUPAN
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
19
Tajuk
:
Tangan Siapa Rosakkan Anak Kita?
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
Nabil berumur sepuluh tahun ketika pertama kali didera kerana mencuri wang milik ayahnya. Rosli dan Zainab pasangan suami isteri yang cukup berjaya sebagai guru. Setiap hari mereka bertungkus lumus mendidik murid-murid menjadi insan cemerlang apakan daya anak sendiri tak mampu diuruskan. baca selanjutnya
20
Tajuk
:
Kebimbangan Seorang Mukmin Dari Terbatal Amalan Salihnya
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
21
Tajuk
:
Kebimbangan Seorang Mukmin Dari Terbatal Amalan Salihnya
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
22
Tajuk
:
Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
23
Tajuk
:
Berlaku Adil Dalam Pemberian Kepada Anak-Anak
Tahun: 2012
 
Ringkasan
:
24
Tajuk
:
Pandangan Syarak Mengenai Pengguguran Kandungan
Tahun: 2010
 
Ringkasan
:
Persoalan tentang pengguguran sentiasa berbangkit dari masa ke masa sejak zaman dulu sampai sekarang. Dalam kitab-kitab fiqh klasik persoalan ini sentiasa dibicarakan sebagai sebahagian daripada Fiqh Jinayat. Meskipun pada umumnya para ulama tidak banyak berbeza pendapat tentang hukum perbuatan berkenaan, namun sedikit sebanyak perbezaan pendapat yang ada merupakan titik pemikiran yang sentiasa menarik untuk dianalisis. baca selanjutnya