Responsive image

# Senarai Pandangan Pakar (Disusun mengikut yang terkini)
1
Tajuk
:

Fenomena Suami Menjadi Suri Rumah dan Sindrom Lelaki Malas

Tahun: 19/0
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Mac 2007 telah membincangkan mengenai Fenomena Suami Menjadi Suri Rumah dan Sindrom Lelaki Malas. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa isu ini ditangani menerusi penekanan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI), program-program dakwah, khutbah Jumaat dan sebagainya bagi memberi kesedaran kepada kaum lelaki tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam perkahwinan.



baca selanjutnya
2
Tajuk
:

Wanita Bujang Menyusukan Anak Angkat

Tahun: 19/3
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Mac 2007 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Bujang Menyusukan Anak Angkat. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Kajian Syariah Kali ke-41 pada 14 - 15 Oktober 2002 dikekalkan. Keputusannya ialah:

Hukum menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat:

         baca selanjutnya

3
Tajuk
:

Laporan Status Bacaan Ayat-ayat Al-Quran yang Dilagukan atau Dizikirkan Bukan Mengikut Hukum Tarannum

Tahun: 13/1
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 13-15 November 2006 telah membincangkan mengenai Laporan Status Bacaan Ayat-ayat Al-Quran yang Dilagukan atau Dizikirkan Bukan Mengikut Hukum Tarannum. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa  bacaan ayat-ayat al-Quran yang dilagukan atau dizikirkan sekalipun tidak mengikut hukum tarannum dengan sempurna adalah harus dengan syarat menepati hukum tajwid dan makhraj.

baca selanjutnya
4
Tajuk
:

Perkahwinan Bagi Penghidap HIV Positif 

Tahun: 2006
 
Ringkasan
:


Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 13- 15 November 2006 telah membincangkan mengenai Hukum Perkahwinan Bagi Penghidap HIV Positif . Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan dengan pasangan yang menghidap HIV positif adalah tidak digalakkan atas kaedah sad al-zara’ie. Sekiranya perkahwinan yang dicadangkan diteruskan juga, kedua-dua pasangan hendaklah mengambil langkah pencegahan agar HIV tidak menjangkiti pasangan baca selanjutnya

5
Tajuk
:

Pengesahan Produk Tanah Liat “Clay Miff” Sebagai Bahan Samak

Tahun: 2006
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 18-20 September 2006 telah membincangkan mengenai Pengesahan Produk Tanah Liat “Clay Miff” Sebagai Bahan Samak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa produk tanah liat “Clay Miff” keluaran Syarikat Miff Marketing (M) Sdn. Bhd. adalah harus digunakan untuk tujuan samak.

baca selanjutnya
6
Tajuk
:

Permohonan Syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) Berhubung Kempen Ganjaran Sejuta Ringgit

Tahun: 2006
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5 - 7 Julai 2006 telah membincangkan mengenai Permohonan Syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) Berhubung Kempen Ganjaran Sejuta Ringgit. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Kempen Ganjaran Sejuta Ringgit TM boleh dilaksanakan kerana tidak mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan (gharar).

baca selanjutnya
7
Tajuk
:

Program Interaktif SMS oleh Neoavantissmo Sdn. Bhd.

Tahun: 2006
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5-7 Julai 2006 telah membincangkan mengenai Program Interaktif SMS oleh Neoavantissmo Sdn. Bhd. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa program interaktif SMS Neoavantissmo dan yang seumpamanya dalam bentuk menjual maklumat boleh dilaksanakan dengan syarat:

Urusan jual beli adalah berdasarkan harga yang tetap, telus dan menepati prinsip jualbeli mengikut syarak. Mengelak daripada sebarang u baca selanjutnya
8
Tajuk
:

Laporan Penggunaan Azan dalam Iklan di Radio Amp Networks

Tahun: 2006
 
Ringkasan
:


Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5 - 7 Julai 2006 telah membincangkan mengenai Laporan Penggunaan Azan dalam Iklan di Radio Amp Networks. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa iklan tersebut tidak sesuai disiarkan kerana kurang beradab (berlaku percakapan semasa azan berkumandang). 

baca selanjutnya
9
Tajuk
:

Penggunaan Anggota atau Unsur Haiwan yang Haram Dimakan Selain daripada Anjing dan Babi untuk Tujuan Kosmetik

Tahun: 2006
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5-7 Julai 2006 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Anggota atau Unsur Haiwan yang Haram Dimakan Selain daripada Anjing dan Babi untuk Tujuan Kosmetik. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sebarang produk kosmetik yang bahannya mengandungi unsur najis adalah haram digunakan.

baca selanjutnya
10
Tajuk
:

Isu-Isu Khilafiah

Tahun: 2006
 
Ringkasan
:


Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 23 – 25 Februari 2006 telah membincangkan mengenai Isu-isu Khilafiah. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:


Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah merupakan perkara khilafiah yang tidak perlu diperbincangkan secara meluas kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan masy baca selanjutnya
11
Tajuk
:

Laporan Kajian Penggunaan Rakaman Suara Takbir Hari Raya di dalam Kad Ucapan Selamat Hari Raya.

Tahun: 2005
 
Ringkasan
:


Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 28 – 30 November 2005 telah membincangkan mengenai Laporan Kajian Penggunaan Rakaman Suara Takbir Hari Raya di dalam Kad Ucapan Selamat Hari Raya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan suara rakaman takbir ke dalam kad ucapan selamat hari raya merupakan perkara baru yang perlu diberi perhatian agar tidak mencemarkan kesucian dan syiar Islam.

baca selanjutnya
12
Tajuk
:

Orang Bukan Islam Turut Bersama Berdoa Mengikut Anutan Agama Masing-masing dalam Satu Majlis yang Dihadiri Penganut Pelbagai Agama

Tahun: 2005
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 28 – 30 November 2005

telah mempersetujui keputusan Mesyuarat Panel Kajian Akidah, JAKIM kali ke-30 pada 14 September 2005 iaitu:

 

Doa memohon keselamatan, kesejahteraan umat dan negara adalah termasuk dalam perkara Ibadat kepada Allah s.w.t. yang khusus. Orang Islam tidak boleh menafikan hak Ibadat itu dan tidak ju baca selanjutnya
13
Tajuk
:

Jubin yang Mengandungi Ayat Suci Al- Quran

Tahun: 2005
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 8 September 2005 telah membincangkan mengenai Jubin yang Mengandungi Ayat Suci Al- Quran. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa jubin yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan kalimah Allah adalah diharamkan penggunaannya di tempat-tempat yang boleh mencemar kesuciannya.

 

Sekiranya jubin tersebut yang telah dipasang di mana tempat yang boleh mencemar kesuciannya maka ia hendaklah baca selanjutnya

14
Tajuk
:

Pelaksanaan Program Pemberian Kondom, Jarum dan Methadone Percuma Sebagai Langkah Pencegahan Jangkitan HIV/AIDS

Tahun: 2005
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 8 September 2005

telah membincangkan mengenai Pelaksanaan Program Pemberian Kondom, Jarum dan Methadone Percuma Sebagai Langkah Pencegahan Jangkitan HIV/AIDS. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa :

Pemberian kondom percuma untuk tujuan pencegahan HIV/AIDS hanya boleh diberi kepada isteri penagih dadah untuk melindungi dirinya dan anak-anaknya daripada jangkitan virus tersebut atas dasar prinsip ‘ baca selanjutnya
15
Tajuk
:

Perbuatan Mengebom Diri Bagi Melawan Musuh

Tahun: 2004
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 9-11 Disember

2004 telah membincangkan mengenai Perbuatan Mengebom Diri Bagi Melawan Musuh. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum perbuatan mengebom diri bagi melawan musuh adalah berdasarkan keadaan setempat. Perkara ini henda baca selanjutnya

16
Tajuk
:

Penggunaan Plasma (TV Berinformasi) Ketika Khutbah Dibaca

Tahun: 2004
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 27-28 Julai 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Plasma (TV Berinformasi) Ketika Khutbah Dibaca. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa harus Menggunakan TV plasma dengan syarat tidak menonjolkan visual yang boleh menyinggung perasaan dan tidak mencemar kesucian masjid.

 

Urusetia hendaklah menyediakan garis panduan baca selanjutnya

17
Tajuk
:

Pemberontakan Bersenjata untuk Menentang Pemerintah

Tahun: 2004
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 25-26 Februari 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Melakukan Pemberontakan Bersenjata untuk Menentang Pemerintah. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum melakukan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintah yang sah menurut Islam adalah haram.


baca selanjutnya
18
Tajuk
:

Penerimaan Harta Pesaka (Faraid) daripada Sumber yang Haram

Tahun: 2003
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 27-29 Julai 2003 telah membincangkan mengenai Hukum Menerima Harta Pesaka (Faraid) daripada Sumber yang Haram. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa harta daripada sumber yang haram tidak boleh dipusakai. Sekiranya diketahui pemiliknya maka ia hendaklah dipulangkan. Sekiranya tidak diketahui pemiliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

baca selanjutnya
19
Tajuk
:

Perlantikan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) Sebagai Amil Zakat Gaji dan Pendapatan

Tahun: 2003
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 27-29 Julai 2003 telah membincangkan mengenai Perlantikan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) Sebagai Amil Zakat Gaji dan Pendapatan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa harus melantik LHDN sebagai amil bagi zakat gaji dan pendapatan.

 

baca selanjutnya

20
Tajuk
:

Wang Pendahuluan Pengguna (Deposit) Menurut Pandangan Islam

Tahun: 2003
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 1-2 April 2003 telah membincangkan Hukum Wang Pendahuluan Pengguna (Deposit) Menurut Pandangan Islam. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa wang yang diperoleh daripada pendeposit boleh dilaburkan dan keuntungannya terpulang kepada syarikat atau pemegang deposit berasaskan perjanjian atau persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

baca selanjutnya
21
Tajuk
:

Garis Panduan Pembakaran Buku-Buku yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran dan Al-Hadith

Tahun: 2003
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 1-2 April 2003 telah membincangkan Garis Panduan Pembakaran Buku-Buku yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran dan Al-Hadith. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:

Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran hendaklah dibakar menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.Bahan-bahan atau debu yang mengandung baca selanjutnya
22
Tajuk
:

Pembakaran Terbuka

Tahun: 2002
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 14-15 Oktober 2002 telah membincangkan Hukum Melakukan Pembakaran Terbuka. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pembakaran terbuka yang boleh memudaratkan dan membahayakan kesihatan manusia adalah dilarang.

baca selanjutnya
23
Tajuk
:

Penggunaan Kad Pintar (IQ SMART Card) dan Seumpamanya

Tahun: 2002
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 12-13 Ogos 2002 telah membincangkan Hukum Penggunaan Kad Pintar (IQ SMART Card) dan Seumpamanya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan kad pintar adalah harus dan mata ganjaran yang diperkenalkan oleh IQ Smart Card tidak bercanggah dengan syarak.

baca selanjutnya
24
Tajuk
:

Orang Islam Memakai Pakaian yang Melambangkan Agama Lain

Tahun: 2002
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 12-13 Ogos 2002 telah membincangkan Hukum Orang Islam Memakai Pakaian yang Melambangkan Agama Lain. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:

Haram memakai pakaian yang secara khusus melambangkan agama lain seperti pakaian paderi, santa claus, rahib, sami, topi Yahudi dan seumpamanya.Harus memakai pakaian yang melambangka baca selanjutnya
25
Tajuk
:

Penggunaan Kad Kredit

Tahun: 2002
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Penggunaan Kad Kredit. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa asal penggunaan kad kredit hukumnya adalah harus selagi ia tidak terlibat dengan riba dan bayaran balik perbelanjaan mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak bank.

Sekiranya pengguna tidak membayar balik perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh yang di baca selanjutnya

26
Tajuk
:

Mengembiri Binatang Kesayangan 

Tahun: 2002
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Mengembiri Binatang Kesayangan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa mengembiri binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.

baca selanjutnya
27
Tajuk
:

Menggunakan Hasil Rompakan dan Sebagainya untuk Tujuan Berjihad Menentang Orang Kafir

Tahun: 2002
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Menggunakan Hasil Rompakan dan Sebagainya untuk Tujuan Berjihad Menentang Orang Kafir. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa tidak harus merompak dan menggunakan hasil rompakan untuk tujuan berjihad atau apa saja, walaupun berniat untuk melakukan kebaikan.

baca selanjutnya
28
Tajuk
:

Cadangan Pembangunan Sistem Kumbahan Sisa Ternakan Babi

Tahun: 2002
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 1 Mac 2002 telah membincangkan Hukum Mengenai Cadangan Pembangunan Sistem Kumbahan Sisa Ternakan Babi. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sekiranya suatu sistem kumbahan sisa ternakan babi disediakan dengan lengkap kemudian diserahkan kepada Kerajaan untuk dilaksanakan oleh pihak tertentu berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan maka ia dibolehkan.

baca selanjutnya
29
Tajuk
:

Penentuan Arah Kiblat Menurut Syarak

Tahun: 2001
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5 November 2001 telah membincangkan mengenai Penentuan Arah Kiblat Menurut Syarak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penentuan kiblat di masjid atau surau mestilah dibuat berdasarkan arah kiblat dengan menggunakan bantuan peralatan moden dan sebagainya.

Sementara itu penentuan arah kiblat di angkasa lepas juga berpandukan arah kiblat bukan berdasarkan tinggi 

baca selanjutnya
30
Tajuk
:

Penggunaan Gelatin dalam Makanan dan Barang Gunaan

Tahun: 2001
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 28-29 Ogos 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Gelatin dalam Makanan dan Barang Gunaan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:

Gelatin yang diambil daripada kulit atau tulang atau lain-lain anggota daripada binatang yang haram dimakan adalah haram dimakan dan digunakan dalam bahan gunaan seperti kosmetik dan sebagainya.  baca selanjutnya
31
Tajuk
:

Harta Intelek dan Kedudukannya di Bawah Hukum Syarak

Tahun: 2001
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 25-26 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Harta Intelek dan Kedudukannya di Bawah Hukum Syarak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:

Harta intelek adalah pusaka. Mana-mana harta intelek yang tidak bercanggah dengan syarak adalah harus dan boleh dimanfaatkan.Mana-mana yang bercampur antara unsur halal dan haram, sekiranya b baca selanjutnya
32
Tajuk
:

Penggunaan Keju Sebagai Bahan Makanan

Tahun: 2001
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 25-26 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Keju Sebagai Bahan Makanan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzyme yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang halal yang disembelih mengikut hukum syarak.

baca selanjutnya
33
Tajuk
:

Skim Anuiti Konvensional Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)

Tahun: 2001
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 9-10 April 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Bagi Skim Anuiti Konvensional Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Skim Anuiti Konvensional KWSP adalah haram kerana pelaburannya tidak berlandaskan syarak sementara Skim Anuiti Takaful KWSP adalah harus.

baca selanjutnya
34
Tajuk
:

Zakat Ke Atas Petronas

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 17 November 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Zakat Ke Atas Petronas. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Hukum Zakat Ke atas Petronas adalah wajib.

baca selanjutnya
35
Tajuk
:

Pembedahan Plastik

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 2-4 Oktober 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Pembedahan Plastik. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:

i- Menjalani pembedahan plastik bagi membaikpulih kecacatan sama ada kecacatan asal atau yang disebabkan oleh kebakaran dan lain-lain adalah harus.

ii- Pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan, kebanggaan diri dan seumpam baca selanjutnya

36
Tajuk
:

Menternak dan Menjual Cengkerik dan Seumpamanya

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 2-4 Oktober 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menternak dan Menjual Cengkerik dan Seumpamanya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum menternak dan menjual cengkerik dan seumpamanya untuk tujuan perniagaan berdasarkan manfaatnya adalah harus.

baca selanjutnya
37
Tajuk
:

Menulis dan Menerbit Bahan-Bahan yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Al-Hadith Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian)

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 2-4 Oktober 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menulis dan Menerbit Bahan-bahan yang Mengandungi Ayat-ayat al-Quran, al-Hadith Beserta Pandangan-pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian). Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:

Meletakkan terjemahan sahaja bagi ayat-ayat al-Quran dan Hadith tanpa teks asal. baca selanjutnya
38
Tajuk
:

Mewarna Rambut dan Seumpamanya

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Jun 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Mewarna Rambut dan Seumpamanya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

 

     i.    Bahan pewarna itu bersih dan suci daripada benda-benda yang diharamkan syarak.

&n baca selanjutnya

39
Tajuk
:

Bayaran Zakat Ke atas Syarikat yang Dimiliki oleh Kerajaan dan Agensi Majlis Agama Islam, Yayasan Kepentingan Awam dan Sebagainya.

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Jun 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Bayaran Zakat Ke atas Syarikat yang Dimiliki oleh Kerajaan dan Agensi Majlis Agama Islam, Yayasan Kepentingan Awam dan Sebagainya. Syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan dan agensinya, Majlis Agama Islam, Yayasan Kepentingan Awam dan sebagainya wajib membayar zakat

baca selanjutnya
40
Tajuk
:

Orang Bukan Islam Memberi Salam Kepada Orang Islam

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 11-13 April 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Orang Bukan Islam Memberi Salam Kepada Orang Islam. Ucapan salam merupakan syiar umat Islam. Orang Islam dilarang mendahulukan salam kepada orang bukan Islam, tetapi dibolehkan memberi salam dalam keadaan bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dengan niat salam itu ditujukan untuk orang Islam sahaja.

&nb baca selanjutnya

41
Tajuk
:

Memakai dan Menggunakan Saduran Emas

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 11-13 April 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Harus menggunakan emas yang disadur sekiranya saduran itu sedikit. Sekiranya saduran itu banyak maka haram menggunakannya.

baca selanjutnya
42
Tajuk
:

Penjualan Daging Buaya dan Seumpamanya untuk Makanan Orang Bukan Islam

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 11-13 April 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menjual Daging Buaya dan Seumpamanya untuk Makanan Orang Bukan Islam. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:

i. Hukum menjual daging buaya dan seumpamanya untuk Makanan Orang Bukan Islam kepada orang bukan Islam adalah haram.

ii. Hukum menjual kulit buaya dan seumpamanya yang telah disamak adalah harus.

baca selanjutnya
43
Tajuk
:

Perkongsian Lembaga Tabung Haji atau Institusi/Syarikat Islam dalam Syarikat-Syarikat yang Terlibat Dalam Aktiviti yang Bercanggah dengan Syarak.

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah)(Khas) yang bersidang pada 26 Februari 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Perkongsian Lembaga Tabung Haji atau Institusi/Syarikat Islam dalam Syarikat-Syarikat yang Terlibat Dalam Aktiviti yang Bercanggah dengan Syarak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Tabung Haji atau institusi/syarikat Islam lain tidak boleh melabur dalam syarikat percetakan bahan-bahan yang bercampur halal dan haram. Tabung Haji dinasihatkan menarik balik pelabu baca selanjutnya

44
Tajuk
:

Wanita Haid Membaca Al-Quran

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah)(Khas) yang bersidang pada 26 Februari 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Haid Membaca al-Quran . Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid diharamkan membaca al-Quran berdasarkan pendapat jumhur ulamak.

baca selanjutnya
45
Tajuk
:

Penerbitan dan Pengedaran Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran

Tahun: 2000
 
Ringkasan
:

Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah)(Khas) yang bersidang pada 26 Februari 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menerbit dan Mengedar Terjemahan al-Quran Tanpa Teks Asal al-Quran. Mesyuarat bersetuju bahawa mana-mana pihak dilarang menerbit dan mengedar terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran.

baca selanjutnya