Bahagian Istinbat dan Falak

LATAR BELAKANG Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 2008 dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-214 telah bersetuju supaya fungsi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia diperkukuhkan dari aspek pengstrukturannya. Sehubungan itu Mesyuarat Pasca-Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 September 2008 telah bersetuju supaya urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dinaik taraf dan diasingkan menjadi satu bahagian baru di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada 2 Januari 2009, JAKIM telah menubuhkan secara pentadbiran Bahagian Pengurusan Fatwa dan Pembangunan Ijtihad. Pada 15 Jun 2009 JAKIM telah memperolehi waran perjawatan Cadangan Penjenamaan Semula JAKIM Fasa 1 berkuatkuasa 1 Jun 2009 dengan rasminya wujudnya bahagian baru tersebut dengan nama Bahagian Pengurusan Fatwa. Bahagian Pengurusan Fatwa ditubuhkan bagi memperkukuhkan peranannya sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI yang telah ditubuhkan pada awal tahun 1970 di bawah Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa Fatwa MKI merupakan badan pengeluar dan penyelaras fatwa di peringkat kebangsaan. VISI Berazam menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. MISI Memartabatkan fatwa di Malaysia melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan. OBJEKTIF Untuk menjadi badan pengeluar dan penyelaras fatwa di peringkat kebangsaan; Untuk menjadi badan/institusi penyelaras pengurusan hal ehwal kefatwaan di Malaysia: Untuk mewujudkan kerjasama strategik dan perkongsian pintar dalam hal ehwal kefatwaan dengan institusi fatwa dan institusi lain yang berkaitan di dalam dan luar negara; Untuk memberikan kesedaran dan pendidikan fatwa kepada masyarakat; Untuk menjadi Pusat Rujukan Fatwa yang berautoriti dan berwibawa. FUNGSI 1) Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dan mesyuarat/persidangan yang berkaitan dengan kefatwaan; 2) Menjadi sumber rujukan hukum/fatwa terhadap setiap permasalahan/isu yang timbul dalam masyarakat; 3) Mengkaji dan menyelidik isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang yang memerlukan pandangan hukum/fatwa; 4) Menyelaraskan pandangan hukum/fatwa yang telah diputuskan di peringkat kebangsaan dan negeri; 5) Mewujudkan kerjasama strategik dan meningkatkan koordinasi antara Jabatan Mufti negeri-negeri dan institusi lain yang berkaitan; 6) Menyebarkan pandangan hukum/fatwa yang telah diputuskan dan memberikan pendidikan fatwa kepada masyarakat; 7) Menjadi pusat rujukan pandangan hukum/fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. KEURUSETIAAN Bahagian ini menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa berikut: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia; Panel Pemikir Fatwa. Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa. Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa.
Pejabat Pengarah
Nama Jawatan No. Telefon Emel
Hj. Yaakob Bin Abdul Rahim Pengarah 03-8870 7000/7127 yaakob@islam.gov.my
Siti Hafizah Binti Nordin Setiausaha Pejabat 03-8870 7000/7128 hafiza@islam.gov.my
Cawangan Penyelarasan Dan Kajian Fatwa
Dr. Lokman bin Ab. Rahman Ketua Penolong Pengarah Kanan 03-8870 7000/7122 lokman@islam.gov.my
Nor Asmahan Binti Abdul Kadir Penolong Pengarah Kanan 03-8870 7000/7130 norasmahan@islam.gov.my
Jauharatud Binti Aminuddin Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam 03-8870 7000/7129 dini@islam.gov.my
Rafiza Diana Binti Mohd Rafien Pembantu Hal Ehwal Islam 03-8870 7000/7137 rafiza@islam.gov.my
Cawangan Pembangunan Hukum Dan Majlis Fatwa
Mohd Salehin Bin Sopian Penolong Pengarah Kanan 03-8870 7000/7125 mdsalehin@islam.gov.my
Mohd 'Asri B Him Pembantu Hal Ehwal Islam 03-8870 7000/7141 mohdasri@islam.gov.my
Mohd Rushdi Bin Azhar Pembantu Hal Ehwal Islam 03-8870 7000/7140 mohdrushdi@islam.gov.my
Cawangan Pengurusan Hal Ehwal Fatwa
Oslan Affandi Bin Abdullah Penolong Pengarah Kanan 03-8870 7000/7124 oslan@islam.gov.my
Madihah Binti Mohammad Pembantu Tadbir (P/O) 03-8870 7000/7138 madihah@islam.gov.my
Siti Katijah Binti Ahmad Pembantu Tadbir (P/O) 03-8870 7000/7139 sitikatijah@islam.gov.my
Nur Khairul Azrain Binti Mohd Rasidi Pembantu Tadbir (P/O) 03-8870 7000/7136 azrain@islam.gov.my