Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

1. PENUBUHAN Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan pada Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada Mac 1968. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersidang buat pertama kalinya pada 23 hingga 24 Jun 1970 yang dipanggil dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut berlangung sebanyak 18 kali dan yang terakhir diadakan pada 14 Mei 1980. Kemudiaannya penggunaan perkataan Persidangan ditukar kepada perkataan Muzakarah. Maka pada tarikh 28 hingga 29 Jun 1981 diadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Kali Pertama. 2. TUGAS Tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut pada Perkara 14 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja. 3. KEANGGOTAAN Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada: Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya; Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam; Sembilan orang alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja. 4. KAEDAH PENGELUARAN HUKUM/PANDANGAN SYARAK OLEH JAWATANKUASA FATWA

Pengeluaran pandangan hukum/fatwa oleh Jawatankuasa adalah melalui dua cara ; (i) Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Proses pengeluaran hukum/fatwa ini bermula apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa MKI memberikan pandangan hukum/fatwa tentang sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat.Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa MKI. Apabila Mesyuarat telah mengeluarkan pandangan hukum/fatwa, maka pandangan hukum/fatwa berkenaan akan dirafa’kan kepada Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Pandangan hukum/fatwa yang telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri tanpa boleh dipinda dan seterusnya diwartakan sebagai fatwa negeri berkenaan. (ii) Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah MKI Proses pengeluaran hukum/fatwa ini adalah melalui permohonan dari masyarakat Islam atau pihak-pihak tertentu. Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI. Pandangan hukum/fatwa yang diputuskan dalam Muzakarah ini akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan negeri boleh meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan sebagai fatwa negeri dan seterusnya diwartakan. Pandangan hukum/fatwa yang diputuskan dalam Muzakarah ini juga akan dirafa’kan untuk perkenan Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Pihak-pihak tertentu yang pakar akan dipanggil untuk memberikan pandangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang tidak jelas atau memerlukan penjelasan dan taklimat terperinci supaya semua Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI mendapat maklumat yang tepat bagi membuat dan memutuskan keputusan.

KEAHLIAN JAWATANKUASA FATWA
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)

PENGERUSI DAN SETIAUSAHA
Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI, Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 6, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah MKI, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
MUFTI-MUFTI
Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan Pejabat Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Tingkat 7 & 8, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah Persiaran Masjid, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Tingkat 10, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, 50519 Kuala Lumpur
Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor Mufti Negeri Pulau Pinang Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang, Tingkat 48, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang
Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil Mufti Negeri Melaka Jabatan Mufti Negeri Melaka, Aras 2, Imarah A. Kompleks MAIM, Jalan Bukit Palah, 75150 Melaka.
Dato' Haji Muhamad Shukri bin Muhamad Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Pejabat Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Balai Islam Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Dato’ Sri Haji Abd. Rahman bin Haji Osman Mufti Negeri Pahang Jabatan Mufti Negeri Pahang, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Istana Permai, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Dato' Haji Mohd. Tahrir bin Dato’ Shamsudin Mufti Negeri Johor Jabatan Mufti Negeri Johor, Tingkat 3, Kompleks Islam Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bharu, Johor Darul Takzim
Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad Mufti Negeri Sembilan Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tingkat 3, Bangunan SUK Lama, Karung Berkunci 45, Jalan Dato' Hamzah, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Dato’ Syeikh Fadzil b Haji Awang Mufti Negeri Kedah Jabatan Mufti Negeri Kedah, Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu'azam Shah, Anak Bukit, 06550 Alor Star, Kedah Darul Aman
Dr. Zulkifly bin Muda Mufti Negeri Terengganu Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Datu Haji Kipli bin Haji Yasin Mufti Negeri Sarawak Pejabat Mufti Negeri Sarawak, Aras 15, Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Lorong P.Ramlee 5 Off Jalan P.Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak
Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri bin Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis Jabatan Mufti Negeri Perlis Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat, 01000 Kangar, Perlis
Ustaz Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar Mufti Negeri Sabah Pejabat Mufti Negeri Sabah, Tingkat 6, Blok B, Wisma MUIS, Jalan Sembulan, Beg Berkunci 2070, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
AHLI-AHLI DILANTIK OLEH MAJLIS RAJA-RAJA
Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abd. Rahman Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara No. 7019, Jalan 16, Taman Selayang Baru, Batu Caves, 68100 Selangor.
Prof. Dato’ Dr Musa B Ahmad Pejabat Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Aras 5, Bangunan Canselori Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Dr Arik Sanusi bin Yeop Johari Pengarah, Seksyen Syariah, Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara No. 45 Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya
Prof Madya Datin Dr. Paizah binti Haji Ismail No.5, Jalan 11/6, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Prof. Dr. Zhari bin Ismail Discipline of Pharmaceutical Chemistry Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang
Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim Head of ISRA Consultancy Department (I-Con) International Shari'ah Research Academy forIslamic Finance (ISRA) Lorong Universiti A, 59100 Kuala Lumpur
Dr Mohd Farid bin Mohd Shahran Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) No 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Prof Madya Dr Fauzi bin Hamat Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman Presint 3, 62100 Putrajaya